Rasulullah Menggalakkan Berenang Memanah Dan Berkuda?Kenapa
Islam agama  yang mendidik 
umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. 
Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu 
diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat 
fizikal.
Umat Islam tanpa mengira usia 
dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan 
bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan 
amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
Rasulullah SAW sentiasa 
mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang 
penyakit memudaratkan. Hal ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan 
dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mengambil 
kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat 
Islam.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Orang 
beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada 
orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis menyebut mengenai 
acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, 
menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah SAW, 
maksudnya: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” 
(Riwayat Muslim)

Sunnah dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang
1. Memanah
Rasulullah SAW juga sentiasa 
menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara 
membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang 
bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah SAW, 
maksudnya: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik 
permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari 
mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan ketika sahabat sedang memanah. 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang 
pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” 
Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu 
berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada 
bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis 
riwayat Bukhari)
Kebaikan Memanah termasuklah 
melatih emosi dan fizikal untuk menumpukan pada sasaran. Memanah sangat menitik 
beratkan keseimbangan badan. Maka, jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan 
amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang 
dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, 
gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi 
pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah 
di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga 
satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan 
mental.
Sesungguhnya Rasulullah SAW 
pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada 
pemenangnya.
“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah 
bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat 
mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan 
menghairankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau 
yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari 
orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari 
orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram.
Dan Rasulullah SAW bersabda, kamsudnya: 
“Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda 
Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka 
makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa 
kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau 
untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh 
manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi 
keperluannya.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda 
– tempat di tunggang - baik untuk merawat segala masalah tulang belakang 
manusia.
Semasa pergerakan galloping 
iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang 
manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang 
saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  
pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa 
orang menunggang kuda.
Seluruh anggota - tulang rangka, 
otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, 
sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada 
organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. 
Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau 
tergelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang 
kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial 
semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

3. Berenang
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.Sumber harakahdaily






 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar