Mangsa keganasan dalam Peristiwa Berdarah Takbai...diperlakukan lebih teruk daripada binatang
Bagi kebanyakan orang 11 Ramadhan adalah sama dengan hari-hari yang lain di dalam bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini.

TETAPI…bagi keluarga mangsa yang terlibat dengan PEMBUNUHAN yang KEJAM oleh tentera PENJAJAH THAI di TAKBAI pada  11 Ramadhan 1425 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2004 pastinya akan meraung merintih mengenangkan rakan , kekasih, saudara, bapa, datuk serta suami tercinta yang diperlaku dan dibunuh dengan KEJAM oleh musuh abadi umat Melayu PATANI itu.

Dalam kejadian yang terkenal dengan gelaran PERISTIWA BERDARAH TAKBAI itu seramai 78 orang penduduk MELAYU ISLAM telah terbunuh semasa dalam tahanan tentera Thai.

Walau bagaimanapun kerajaan Thailand yang pada masa itu dipimpin oleh Perdana Menteri THAKSIN Shinawatra kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.

Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak Patani.

Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan secara besar-besaran di pekan yang terletak di tebing Sungai Golok yang bersempadan dengan daerah Tumpat di Kelantan itu bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu.

Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak tentera.


Dimuatkan di dalam lori tentera tanpa perikemanusiaan
Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Patani dengan dalam keadaan terbaring tindih-menindih.

Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati telah meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kejadian pada bulan suci Ramadhan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di wilayah selatan yang sedang DIJAJAH Thailand .

Perdana Menteri Thaksin yang memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera itu dalam ucapannya  dengan angkuh dan sombong berkata;


“..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadhan.”

Sebagai pengetahuan semua, Takbai yang dahulunya dikenali dengan nama Tabal ini merupakan sebahagian daripada negeri Kelantan sehingga tahun 1909. Begitu juga Mundok, Belawan dan Sungai Padi…semuanya kepunyaan Kelantan sehinggalah termetrainya PERJANJIAN PUAKA Anglo-Siam 1909 yang memisahkan terus kawasan-kawasan ini dari negeri Kelantan.

Peta lama yang menunjukkan wilayah asal negeri Kelantan
Sudahlah tangan diikat ke belakang...mangsa kemudiannya disepak, diterajang dan dipukul dengan bontot senjata sambil disuruh merangkak di bawah panas terik mentari.
Semalam iaitu 11 Ramadhan 1434 Hijrah, genaplah 9 tahun peristiwa pembunuhan Takbai yang tragis, sadis, tak terungkap dengan kata itu berlaku.
Sudahlah dibelasah, dipaksa merangkak dan meniarap, malah ada yang ditembak dan dipukul sampai mati.
Yang hidup diikat tangan di belakan…lebih teruk daripada binatang dan kemudiannya disusun empat lapis dalam trak tentera  penjajah Thai PERUT HIJAU.

Keseluruhan korban KEGANASAN tentera Thai dalam Peristiwa Pembunuhan Takbai itu dikatakan berjumlah 85 orang.
Dan kematian mereka tak pernah terbela.



Sebenarnya kisah kekejaman dan pembunuhan ke atas umat Melayu Islam Patani bukanlah perkara baharu. Ianya berlaku secara leluasa terutamanya semenjak kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Patani pada tahun 1785.

Semenjak itu saban hari ada sahaja di kalangan Melayu Islam Patani yang “HILANG”. Bukan setakat itu, gadis-gadis Melayu Islam turut diaibkan dan DIROGOL.
Kisah kekejaman dan pembunuhan ke atas umat Melayu Islam Patani ini akan terus berlaku dan berlaku…dulu, kini dan mungkin selamanya…tanpa pembelaan yang sewajarnya oleh saudara sebangsa dan seagama mereka di seberang selatan Sungai Golok

Seandainya di Palestin dan kemudiannya di Syria  dan Mesir ramai yang cakna…meratap sedih, berarak mengangkat sepanduk NAMUN kisah pejuangan dan JIHAD bagi membebaskan bumi Patani dan seluruh Wilayah Selatan ini situasinya jauh berbeza, Astaghfirullah.
Entah di mana silapnya.

Sudahlah seagama, sebangsa, sebahasa, satu sejarah, satu Semenanjung, benarlah kata orang Pula Tawor;

like toad under coconut shell.”

SEDARLAH…SEKURANG-KURANGNYA BERSIMPATILAH DENGAN NASIB YANG MENIMPA UMAT MELAYU ISLAM PATANI…JANGAN SAMPAI MEREKA MENAGIH DARI MU DI AKHIRAT KELAK.
Terima kasih saudara Don…